Utama > Soalan Lazim

Soalan Lazim ?

Apa itu webhosting ?

Webhosting adalah aktiviti untuk menyewa ruang dan trafik(bandwidth) dari bulan ke bulan untuk pelanggan tersebut boleh memaparkan laman web atau bahan² yang berkaitan.

Apa itu nama domain ?

Nama domain biasanya digunakan untuk mengenali nama, dari TLD (Top Level Domain) ke alamat IP(Protokol Internet).
Contohnya: www.saleiz.com
Ini digunakan untuk membawa pelayar ke alamat IP yang digunakan. Digunakan sebagai alamat untuk laman web dan digunakan untuk tujuan pencarian. Ini adalah kerana untuk mengingati alamat IP seperti contoh 202.x.y.123 adalah sukar dan menyulitkan.

Bagaimana saya mendaftar nama domain?

Mendaftar nama domain adalah mudah. Pada awalnya kita mesti memikirkan nama yg kita inginkan, kemudian dengan menggunakan WHOIS server untuk mengetahui sama ada nama yang kita pilih itu telah didaftarkan atau tidak.

Bila kita telah mengetahui status nama domain, kita boleh mendaftarkan nama domain tersebut dari registrar terpilih.

Apa itu bandwidth?

Bandwidth (ataupun trafik) adalah jumlah data yang dihantar oleh laman web kita dalam masa sebulan.

Setiap karakter di dalam web anda mempunyai bait yang perlu di hantar. Gambar contohnya boleh mempunyai saiz sebesar 100,000 bait dan fail lain boleh mencapai sehingga 10,000,000 bait. Dan kebiasaanya trafik bulanan akan di kira dalam Gigabait, 1 Gb = 1Billion bait.

Jika laman web anda telah mencapai had trafik bulanan, akaun akan akan disekat secara automatik, sila hubungi kami untuk bantuan lanjut.

Apa itu ruang web ?

Ruang web adalah jumlah ruang cakera keras yang diberikan oleh kami kepada anda untuk mengisi fail dan kandungan web anda.

Apa itu virtual web hosting?

Virtual web hosting adalah cara paling biasa digunakan oleh syarikat webhosting seperti Saleiz Ent. Ini adalah cara yang paling mudah untuk menguruskan pelanggan di dalam sebuah server. Kebiasaannya sebuah server akan di isi dari 100-300 domain mengikut kemampuan server tersebut dan jenis website yang pelanggan itu gunakan.

Apa itu error pages?

Error pages digunakan untuk memaparkan ralat oleh pelayar laman web. Untuk mengubahsuai Error Pages adalah mudah, anda hanya perlu menggunakan cPanel kami. Antara Error pages yang digunakan adalah:

400 – Bad Request
401 – Authorization Required
403 – Forbidden
404 – Missing File
500 – Internal Server Error

Apa itu name servers?

Name servers are what ICAAN (Internet Corporation for Assigned Names and Numbers) use to locate the server in which a site is hosted. A server will use 2 – 4 IP (Internet Protocol) address to identify themselves on the Internet. A domain name uses the name servers to lock it to a server, so when a user types in a domain name it is brought to the server in which the name servers belong to

Apa itu dedicated hosting?

A dedicated server is basically the same thing as a home pc. It’s converted into a server and is rented from a provider on a month by month basis. The user as complete control over the entire server and can do as they please with it. This type of hosting is very useful for large companies and websites.

Apa itu kandungan dinamik?

Laman web dinamik atau kandungan dinamik adalah laman web yang menggunakan pangkalan data untuk menyimpan maklumat yang akan dipaparkan di atas laman web. Isi kandungan ini boleh di kemaskini ditambah dah dibuang tanpa melibatkan pengubahsuaian fail. Ini adalah untuk memudahkan pengendalian laman web. Laman web dinamik biasanya di tulis menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti PHP, ASP, JSP dan lain-lain.

Apa itu FTP?

FTP or File Transfer Protocol digunakan untuk menghantar fail dari komputer kita ke dalam server.

What is MySQL?

MySQL adalah pengkalan data yang digunakan untuk menyimpan data yang di hantar atau di aturcara menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan seperti PHP.

What is PHP?

PHP adalah bahasa pengaturcaraan laman web. Biasanya digunakan untuk membina laman web dinamik. PHP adalah singkatan daripada; PHP: Hypertext Preprocessor.

 

Tukar Ke Bahasa Melayu Change to English version

 

Apa yang kami tawarkan?

Pihak saleiz menawarkan perkhidmatan webhosting yang berkualiti tinggi dan sangat bersesuaian untuk semua pihak. Kami telah menyediakan perkhidmatan ke seluruh pelusuk Malaysia dan juga tidak dilupakan beberapa negara luar seperti Jerman, United Kingdom, Japan, Korea dan beberapa lagi, dan kami sentiasa terus berkembang dari masa ke semasa. Sasaran utama kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang kepada pelanggan kami dan menjadikan pembangunan laman web adalah sesuatu yang seronok untuk dilakukan.

Walaupun kami masih dilihat sebagai sebuah kumpulan IT yang baru di alam maya ini, namun pelanggan kami setakat ini berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami tawarkan. Kami telah membuatkan mereka tersenyum riang dengan setiap jual-beli yang kami lakukan dan tidak lupa juga dengan bantuan teknikal/idea yang kami telah berikan.

Berita Terkini

- Naik taraf server - [ 20.11.2007 ]
Semua server telah dinaik taraf kepada apache 2.2 bersama-sama php 5.2.5 utk kemudahan semua pihak. Naik taraf ini dilakukan adalah kerana pembangunan php versi 4.x akan di berhentikan pembangunannya menjelang hujung tahun ini. Sehubungan itu kami mengambil langkah untuk memastikan semuanya akan berjalan lancar.
- Kemaskini ke cPanel 11 - [ 12.11.2007 ]
Semua pakej di server kami telah dikemaskini, kini anda boleh menikmati cPanel 11 di semua pakej hosting yang kami sediakan. Kemaskini ini telah kami adakan pada jam 6 pagi 12.11.2007 untuk kesenangan semua. Ruby on rail juga termasuk dalam pemasangan kali ini. Terima kasih.
- Kemaskini Laman web - [ 11.11.2007 ]
Setelah sekian lama kami tidak mengemaskini laman web kami, kami telah melalukan perubahan besar dengan menukar keseluruhan struktur website kami. Ini adalah untuk memastikan web kami berfungsi dengan baik untuk para pelanggan kami. Beberapa fungsi baru telah kami tambah untuk kesenangan semua.
- Naik Taraf Percuma - [ 12.03.2007 ]
Selepas kami mengkaji perkhidmatan kami sepanjang tahun lepas, kami mengambil keputusan untuk memberikan naik taraf ruang dan trafik bulanan kepada empat pakej utama iaitu Bronze, Silver, Gold dan Platinum. Semua pakej ini telah dinaiktaraf untuk pelanggan sedia ada. Untuk melihat senarai lengkap mengenai perubahan ini. Sila ke laman senarai hosting untuk mendapatkan keterangan lanjut.
- Perpindahan IP pelayan - [ 29.11.2006 ]
Oleh kerana masalah jana kuasa di rak pelayan kami di pengkalan data, pihak kami disarankan untuk berpindah ke lingkungan IP yang baru oleh pihak datacenter Netmyne. Sehubungan itu pihak pelanggan mungkin akan mengalami masalah untuk capaian laman web dalam tempoh masa 8-11 malam GMT +8. Pihak kami memohon maaf atas kesulitan yang di hadapi.

 

Promosi

Tiada sebarang promosi buat masa sekarang ini, namun sila lihat perbandingan pakej kami.