Pakej Bronze
Info tambahan:
PERCUMA perkhidmatan bantuan ?
Kami akan memberikan perkhidmatan bantuan secara PERCUMA.
Lebihan Jualan?
Kami tidak melakukan sebarang lebihan jualan untuk pakej² webhosting kami, kerana kami tahu bahawa ianya adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan. Selepas pelayan kami mencapai had yang kami tetapkan, kami akan memastikan pelanggan seterusnya akan berada di pelayan yang baru. Kami mahu mengelakkan beban lampau dengan lebihan pelanggan di atas sesuatu pelayan.
Pangkalan Data?
Kami meletakkan pelayan kami di Pangkalan data Netmyne , Brickfieldsl, Kuala Lumpur. sila klik capaian laman web ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut Fasiliti pangkalan data.
Fail cubaan ?
Kami sedia maklum bahawa amatlah sukar untuk kita melanggan sesuatu perkhidmatan kiranya kita tidak dapat mencubanya, oleh itu kami telah menyediakan fail cubaan untuk di muat turun oleh para pelanggan kami untuk menilai sendiri prestasi pelayan kami ![]()
Bagaimana hendak membeli?
Usah risau atau gusar, pihak kami menyediakan cara yang mudah untuk pelanggan kami melanggan perkhidmatan yang kami sediakan. Anda hanya perlu mengisi borang langganan ini utk membuat tempahan. Proses seterusnya akan kami uruskan. Kami akan menghubungi anda untuk tindakan selanjutnya selepas tempahan dibuat. Pembayaran boleh dibuat dengan bank in nilai yang sepatutnya ke dalam akaun kami, maklumat mengenai perkara tersebut boleh didapati di sini.
Pembayaran?
Pembayaran adalah dalam bentuk langganan tahunan. Pihak kami tidak menyediakan bayaran bulanan untuk pakej ini.
Masalah selepas melanggan ?
Ini adalah menjadi tanggungjawab kami untuk membantu pelanggan kami jika terdapat sebarang masalah mengenai perkhidmatan yang kami sediakan. Kami akan sedaya upaya untuk memastikan segalanya akan berjalan lancar.
Apa kata pelanggan kami ?
Kami tidak gemar untuk bercerita mengenai perkhidmatan kami, justeru itu, kami menyarankan bakal pelanggan kami untuk menghubungi sebahagian pelanggan yang telah melanggan perkhidmatan kami untuk sekian ketika, kerana mereka lebih mengetahui. Sila gunakan capaian web ini untuk melihat senarai pelanggan kami
Perkara lain ?
Jika masih terdapat keraguan atau persoalan mengenai perkhidmatan yang kami sediakan, sila gunakan borang ini untuk menghubungi kami.
Apa yang kami tawarkan?
Pihak saleiz menawarkan perkhidmatan webhosting yang berkualiti tinggi dan sangat bersesuaian untuk semua pihak. Kami telah menyediakan perkhidmatan ke seluruh pelusuk Malaysia dan juga tidak dilupakan beberapa negara luar seperti Jerman, United Kingdom, Japan, Korea dan beberapa lagi, dan kami sentiasa terus berkembang dari masa ke semasa. Sasaran utama kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang kepada pelanggan kami dan menjadikan pembangunan laman web adalah sesuatu yang seronok untuk dilakukan.
Walaupun kami masih dilihat sebagai sebuah kumpulan IT yang baru di alam maya ini, namun pelanggan kami setakat ini berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami tawarkan. Kami telah membuatkan mereka tersenyum riang dengan setiap jual-beli yang kami lakukan dan tidak lupa juga dengan bantuan teknikal/idea yang kami telah berikan.
Berita Terkini







