Apa yang kami tawarkan?
Pihak saleiz menawarkan perkhidmatan webhosting yang berkualiti tinggi dan sangat bersesuaian untuk semua pihak. Kami telah menyediakan perkhidmatan ke seluruh pelusuk Malaysia dan juga tidak dilupakan beberapa negara luar seperti Jerman, United Kingdom, Japan, Korea dan beberapa lagi, dan kami sentiasa terus berkembang dari masa ke semasa. Sasaran utama kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang kepada pelanggan kami dan menjadikan pembangunan laman web adalah sesuatu yang seronok untuk dilakukan.
Walaupun kami masih dilihat sebagai sebuah kumpulan IT yang baru di alam maya ini, namun pelanggan kami setakat ini berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami tawarkan. Kami telah membuatkan mereka tersenyum riang dengan setiap jual-beli yang kami lakukan dan tidak lupa juga dengan bantuan teknikal/idea yang kami telah berikan.
Berita Terkini
- Pakej Reseller di lancarkan- [ 16.10.2006 ]
Kami telah melancarkan servis baru iaitu "Pakej Reseller". Pakej ini terdiri dari tiga pakej utama iaitu RSLZ 1000, RSLZ 2000 dan RSLZ 3000. Pakej ini adalah untuk semua pelanggan-pelanggan kami dari seluruh pelusuk dunia. Sila lawati
capaian laman web ini untuk melihat
pakej reseller kami.
- Saleiz design di lancarkan - [ 05.10.2006 ]
Kami telah melancarkan laman web khusus untuk pembangunan laman web yang kami namakan "Saleiz Design". Laman web baru ini boleh di lihat di capaian laman web berikut
Saleiz Design. Kami menyediakan
pralihat dan senarai projek yang kami telah bina atau sedang bina.
- Kemaskini pelayan dan naik taraf kernel - [ 12.09.2006 ]
Pada hari ini, kami telah menjalankan kerja-kerja kemaskini di pelayan jar1. Kerja-kerja ini adalah untuk mengemaskini kernel pelayan yang mempunyai isu beban lampau kepada pelayan. Kami memohon jutaan kemaafan atas sebarang kesulitan yang pihak pelanggan hadapi.
- Naik taraf semua pakej hosting saleiz.com- [ 1.09.2006 ]
Kami akan menaik taraf pakej hosting kami bermula 1 september 2006, semua pelanggan baru dan laman akan menikmati naik taraf ini, semua pakej Bronze, Silver dan juga Gold akan di tambah trafik bulanan dan juga ruangan hosting. Naik taraf ini adalah PERCUMA tanpa sebarang bayaran tambahan kami kenakan. kami juga akan menggantikan pelayan (server) yang baru untuk semua pakej-pakej ini. Kami juga akan menaik taraf pakej Platinum 2000 dan Platinum 4000 kepada panel kawalan ynag lebih baik iaitu cPanel. Jika terdapat sebarang kesulitan, sila gunakan
borang hubungi kami untuk keterangan dan bantuan selanjutnya.