Terma Perkara sulit dan Polisi .
Kami sedia maklum bahawa maklumat perseorangan, syarikat atau sebarang maklumat yang diberikan kepada kami adalah sangat sensitif. Oleh yang demikian pihak kami ingin memberitahu perkara-perkara yang tersebut di bawah;
1) Kami tidak akan menjual semula atau menyebarkan sebarang maklumat kepada pihak ketiga atau sebarang pertubuhan awam atas sebarang sebab sekalipun.
2) Kami akan menggunakan maklumat tersebut jika terdapat masalah mengenai perkhidmatan yang kami tawarkan untuk memastikan pihak pelanggan akan dapat dihubungi untuk dimaklumkan menengai sebarang masalah yang dihadapi dalam tempoh perkhidmatan dilanggan.
3) Jika terdapat sebarang penyalahgunaan perkhidmatan yang dilanggan, dan maklumat tersebut adalah diperlukan oleh pihak berkuasa tempatan atau antarabangsa, pihak kami akan bekerjasama untuk memastikan penyiasatan mengenai perkara tersebut berjalan lancar. Kami akan bekerjasama dengan sebarang pertubuhan undang-undang untuk tujuan yang sama.
4) Selepas anda melanggan perkhidmatan kami anda alah tertakluk kepada terma perkhidmatan yang tersenarai dalam laman tersebut.
5) Kami mempunyai hak untuk mendiamkan diri jika terdapat perkara yang tidak memerlukan perhatian kami. Sila jangan kemukakan soalan yang sama berulang kali.
6) Kami tidak meletakkan sebarang pepijat intai atau perkara yang berkaitan untuk mengambil maklumat dari komputer anda. Sebarang program yang berkaitan tidak akan di hantar dari laman web kami.
Jika terdapat perubahan terhadap Terma Perkara Sulit dan Polisi ini, kami tidak akan memberitahu pelanggan melalui email, segalanya akan di kemaskini di sini, diharap pihak pelanggan akan sentiasa memastikan maklumat yang mereka punyai adalah sentiasa maklumat yang terkini. Harap maklum.
Apa yang kami tawarkan?
Pihak saleiz menawarkan perkhidmatan webhosting yang berkualiti tinggi dan sangat bersesuaian untuk semua pihak. Kami telah menyediakan perkhidmatan ke seluruh pelusuk Malaysia dan juga tidak dilupakan beberapa negara luar seperti Jerman, United Kingdom, Japan, Korea dan beberapa lagi, dan kami sentiasa terus berkembang dari masa ke semasa. Sasaran utama kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang kepada pelanggan kami dan menjadikan pembangunan laman web adalah sesuatu yang seronok untuk dilakukan.
Walaupun kami masih dilihat sebagai sebuah kumpulan IT yang baru di alam maya ini, namun pelanggan kami setakat ini berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami tawarkan. Kami telah membuatkan mereka tersenyum riang dengan setiap jual-beli yang kami lakukan dan tidak lupa juga dengan bantuan teknikal/idea yang kami telah berikan.
Berita Terkini







